OnePlus 8 Lite Mungkin Akan Diberi Nama OnePlus Z

OnePlus 8 Lite Mungkin Akan Diberi Nama OnePlus Z

Diterbitkan pada Mac 30, 2020 oleh .

OnePlus baru-baru ini telah membuat pusingan-U. Ini kerana pada tahun 2016, mereka kata hanya akan fokus pada satu siri sahaja. Kemudian pada tahun 2018 mereka dikatakan tidak lagi akan hadir dengan peranti kelas pertengahan. Tiba-tiba bermula Disember tahun lepas, ura-ura mengenai kehadiran peranti OnePlus 8 Lite mula kedengaran. Peranti ini dikatakan akan menggunakan saiz skrin 6.5-inci, dijana cip MediaTek, kamera 48MP dan bateri 4000mAh. Menariknya, beberapa hari lepas mula kedengaran yang OnePlus X akan kembali dilancarkan. Ia dikatakan akan hadir dalam siri baru.

Peniris terkenal @MaxWinebach telah mengicau yang peranti baru OnePlus ini adalah OnePlus Z. OnePlus Z ini pula menurut sumber beliau adalah OnePlus 8 Lite. Jadi, peranti kelas pertengahan OnePlus kelak adalah dalam siri Z. Ia juga akan menjadi peranti OnePlus pertama yang dijana dengan cip MediaTek dan juga skrin 90Hz. Dari segi penawaran harga dan spesifikasi penuh masih tidak diketahui. Tetapi peranti ini dikatakan akan dilancarkan pada sekitar bulan Julai kelak.



TIPS & ULASAN