Cari @ Amanz

Telefon Pixel akan memasuki generasi ke lima tahun ini tetapi masih belum ditawarkan secara rasmi di Malaysia. Jika anda tinggal di Amerika Syarikat, anda boleh membeli peranti Android asli terus dari kedai atas talian Google Store. Tetapi sejak semalam, Pixel 3 XL dan Pixel 3 tidak lagi ditawarkan menerusi saluran jualan rasmi Google ini.

Ini mungkin petanda terawal perantiĀ Pixel 4A bakal dilancarkan kelak. Peranti ini adalah pengganti kepada Pixel 3A dengan spesifikasi yang lebih baik dan rekaan serba baharu. Ia telahpun beberapa kali tertiris tetapi Google masih belum bersedia melancarkannya. Kepada mereka yang masih ingin memiliki Pixel 3 XL dan Pixel 3, ia kini hanya ditawarkan menerusi saluran lain selagi stok masih ada.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd