Cari @ Amanz

OnePlus semalam telah pun mengumumkan tarikh pelancaran OnePlus 8 yang dijadualkan pada 14 April 2020 kelak. Lanjutan daripadanya, kini pihak OnePlus berkongsi beberapa perkara teknikal yang bakal dibawakan oleh telefon pintar berkenaan.

OnePlus 8

Menurut OnePlus, telefon pintar akan datang mereka ini akan dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 865 – sekaligus menawarkan peningkatan 25% pada CPU dan GPU, selain turut menjimatkan tenaga sehingga 25%.

Telefon pintar terbaru mereka turut akan hadir dengan skrin pada kadar segar semula 120Hz, dan dilengkapi memori berasaskan LPDDR5 dan storan berasaskan UFS 3.0.


Dengan penggunaan ini, ia dijangka menawarkan prestasi yang lancar kepada pengguna – dan dilengkapi pengoptimasian perisian berasaskan Oxygen OS.

Seperti biasa, dengan tarikh 14 April 2020 yang menjelang tiba, kita akan mendengar lanjut mengenai apa yang bakal dibawakan oleh telefon pintar akan datang OnePlus ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd