Carian
Fitbit Milik Google Memperkenalkan Fitbit Charge 4 Dengan Sokongan GPS
April 1, 2020 Aman

Fitbit merupakan salah satu syarikat pengeluar peranti kecergasan yang tidak asing bagi ramai pengguna. Pada November 2019 lepas, Google telah pun mengumumkan mereka akan mengambil-alih Fitbit, dan kini peranti pertama selepas pengambil-alihan telah pun diperkenalkan, iaitu Fitbit Charge 4.

Fitbit Charge 4

Fitbit Charge 4 hadir dengan rekaan yang lebih kurang sama seperti Charge 3 sebelum ini. Tetapi, pihak Fitbit menyertakan beberapa penambah-baikkan bersama dengannya, termasuk integrasi sokongan GPS secara terbina.

Dengan adanya integrasi GPS, kini pengguna tidak memerlukan peranti tambahan ketika berlari, dan boleh mencatatkan informasi dengan lebih jitu lagi selepas bersenam.

Disamping itu, kini Fitbit Charge 4 turut menyertakan sokongan kawalan Spotify dan juga kebolehan membayar Fitbit Pay. Sokongan lain seperti melihat notifikasi dan sebagainya turut disertakan pada gelang tangan pintar ini.

Di Amerika Syarikat, gelang tangan pintar Fitbit Charge 4 ini ditawarkan pada harga $149, iaitu sekitar RM648. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah pihak Fitbit akan menawarkan gelang tangan pintar ini untuk pasaran tempatan.

Komen