Carian
Google Mengambil-Alih Fitbit Pada Harga $2.1 Bilion
November 1, 2019 Effi Saharudin

Google hari ini secara rasmi mengambil alih syarikat peranti boleh-pakai Fitbit pada harga $2.1 bilion (~RM8.75 bilion). Pengambilalihan ini berlaku selepas ura-ura mengenai didengari awal minggu ini. Ia dilihat sebagai cara untuk menghasilkan peranti boleh pakai di bawah jenama Made By Google sekaligus meningkatkan penggunaan sistem operasi Wear OS.

Pihak Fitbit turut telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa privasi kesemua data pengguna mereka sedia ada tidak akan digunakan untuk tujuan pengiklanan oleh Google. Sejak memperkenalkan Google Wear lima tahun yang lalu sebelum ia dijenamakan semula sebagai Wear OS.

Google gagal bersaing di dalam arena peranti boleh-pakai. Fitbit pula adalah pengeluar peranti boleh-pakai dengan pasaran kedua terbesar di belakang Apple dan di hadapan Samsung. Ini jelas adalah cara mudah bagi Google untuk memberikan persaingan kepada Apple. Bagi yang menantikan Pixel Watch, penantian mungkin akan berakhir dalam masa terdekat.

Komen