YouTube Dijangka Hadir Dengan Aplikasi “Shorts” – Bersaing Dengan TikTok

YouTube Dijangka Hadir Dengan Aplikasi “Shorts” – Bersaing Dengan TikTok

Diterbitkan pada Apr 2, 2020 oleh .

TikTok merupakan salah satu aplikasi yang kian meningkat popularitinya dari hari ke hari. Perkongsian video ringkas secara menegak, dengan sejumlah tema menarik telah menjadikannya salah satu aplikasi yang digunakan ramai untuk berkongsi video kreatif mereka.

Terbaru, ia diperkatakan YouTube bakal hadir dengan penawaran pesaing untuk aplikasi TikTok. Gergasi penstriman video yang dimiliki oleh Google berkenaan dijangka melancarkan sebuah aplikasi baru dinamakan Shorts menjelang penghujung tahun ini.

Shorts ini dijangka akan mengambil kelebihan sejumlah penerbit kandungan daripada YouTube sendiri, selain turut menggunakan katalog muzik dan lagu yang sedia dimiliki oleh YouTube.

Google bukan satu-satunya syarikat yang melihat untuk bersaing dengan TikTok. Sebelum ini, Facebook sendiri telah menguji ciri lebih kurang sama melalui aplikasi dinamakan Lasso – namun, ia masih tidak dipromosikan secara meluas buat masa ini.



TIPS & ULASAN