Honor Kini Menghasilkan Papan Kekunci Mekanikal Dengan Suis Cherry

Honor Kini Menghasilkan Papan Kekunci Mekanikal Dengan Suis Cherry

Diterbitkan pada Apr 2, 2020 oleh .

Sebagai subjenama Huawei, Honor mengukir nama sebagai pengeluar peranti mampu milik dengan kemampuan permua yang baik. Sejak akhir-akhir ini mereka mula mengeluarkan komputer riba Windows pula. Evolusi seterusnya bagi Honor nampaknya ialah menghasilkan papan kekunci mekanikal untuk peminat permainan video.

Mereka telah mengumumkan papan kekunci mekanikal yang dihasilkan dengan kerjasama Cherry. Suis keluaran Cherry digunakan lengkap dengan sokongan lampu RGB dengan kemasan berjenama Honor. Difahamkan, papan kekunci ini adalah diubahsuai dari papan kekunci Cherry MX Board 8.0 yang dijual sebelum ini.

Dua versi akan ditawarkan satu dengan kekunci berwarna cerun biru ke ungu dan satu lagi dalam warna biru, hitam, ungu serta putih. Tiada maklumat mengenai harga dan tarikh jualan diumumkan pada waktu ini.



TIPS & ULASAN