Honor 30 Disahkan Menggunakan Sensor 50MP Sony IMX700

Honor 30 Disahkan Menggunakan Sensor 50MP Sony IMX700

Diterbitkan pada Apr 3, 2020 oleh .

Ramai yang menantikan pelancaran Honor 30 pada 15 April ini kerana secara tradisinya mereka menawarkan kemampuan setanding peranti Huawei pada harga yang tidak merobekkan dompet. Meskipun masih berteka-teki mengenai spesifikasi utamanya, misteri mengenai salah satu kamera yang digunakan telah terungkai.

GSMArena mendapat akses kepada rekaan kamera Honor 30. Ia jelas menunjukkan penggunaan sensor 50MP Sony IMX770 untuk kamera utamanya dan sistem pemfokusan Octa PD. Meskipun butiran lanjut mengenainya masih belum dikongsi, namun sumber mendakwa ia akan menjadi sensor terbaik daripada Sony dengan prestasi kamera yang sama dengan barisan siri Huawei P40.

Selain itu, sensor 50MP ini akan diiringi oleh sokongan tiga lagi lensa berbeza yang mana salah satu daripadanya adalah lensa periskop berbentuk empat segi. Peranti ini juga mungkin dilengkapi dengan sokongan dua flash LED.

Tinggal dua minggu sahaja lagi sebelum Honor 30 dilancarkan secara rasmi. Dengan Huawei P40 dijual pada harga RM2799 di Malaysia, kita boleh mengagak Honor 30 kelak akan dijual pada harga lebih rendah.



TIPS & ULASAN