Xiaomi Mi Air 2S Dilancarkan Dengan Bateri Sehingga 24 Jam

Xiaomi Mi Air 2S Dilancarkan Dengan Bateri Sehingga 24 Jam

Diterbitkan pada Apr 3, 2020 oleh .

Xiaomi Mi Air 2S telah dilancarkan di China hari ini sebagai model kemas kini kepada Mi AirDots. Fon telinga TWS ini mempunyai kemampuan beroperasi sehingga 5 jam dan sehingga 24 jam jika dicas menggunakan pod pengecasnya.

Dari segi rekaan, Mi Air S2 mempunyai rekaan yang sama seperti AirDots iaitu dari jenis fon telinga terbuka dan bukannya earbuds. Ia turut menyokong codec LHDC yang merupakan alternatif kepada aptX-HD milik Qualcomm. Pod pengecas Mi Air S2 boleh dicas menggunakan port USB-C ataupun secara nirwayar menerusi format Qi. Keseluruhan bateri boleh dicas semula dalam masa sejam.

Terdapat sensor infra merah pada fon telinga yang menjeda muzik apabila ia ditanggalkan dari telinga. Akhir sekali ia boleh mengesan kawalan sentuhan untuk menyeru pembantu maya atau melangkau muzik. Di China Xiaomi Mi Air 2S dijual pada harga RMB400 (~RM245) sebuah.



TIPS & ULASAN