Haylou Melancarkan Jam Tangan Pintar Kedua Haylou Solar Smart Watch

Haylou Melancarkan Jam Tangan Pintar Kedua Haylou Solar Smart Watch

Diterbitkan pada Apr 6, 2020 oleh .

Haylou adalah syarikat yang disokong oleh Xiaomi, kerana produk-produk mereka boleh digunakan dalam ekosistem Xiaomi. Antara produk Haylou yang popular adalah Haylou GT1, iaitu set fon telinga nirwayar TWS harga mampu milik. Tahun lepas, Haylou telah memperlihatkan jam tangan pintar berharga sekitar RM70. Ia adalah seakan Mi Band 4 tetapi skrin berbentuk segi empat dengan tali jam dan rekaan seakan jam tangan.

Terkini, Haylou telah melancarkan pula Haylou Solar Smart Watch. Jam tangan ini hadir dengan rekaan skrin berbentuk bulat, menggunakan panel TFT 1.28-inci resolusi 240 x 240. Kecerahan skrin pula akan menjadi lebih cerah apabila di bawah cahaya matahari. Kerangka jam dibina dari besi dan dipadankan dengan tali jam silikon yang selesa untuk kulit. Jam ini juga menyokong pelbagai penjejakan aktiviti, 12 aktiviti terbina dan anataranya adalah berlari, berjalan, berbasikal, yoga, bola sepak dan banyak lagi.

Haylou Solar Smart Watch ini juga boleh memantau tidur, pedometer ada kiraan kalori dan pengimbas nadi 24-jam. Turut terbina adalah pencari peranti, memainkan muzik, cuaca, notifikasi dan banyak lagi. Saiz bateri adalah 340mAh dengan ketahanan 30 hari. Perlindungan yang disokong adalah IP68, boleh di bawa berenang atau mandi. Teknologi Bluetooth digunakan adalah Bluetooth 5.0. Ia dijual pada harga RMB 149, iaitu sekitar RM92.



TIPS & ULASAN