Cari @ Amanz

Google Maps adalah aplikasi peta yang popular. Ia hadir dengan pelbagai ciri dan fungsi menarik. Lebih-lebih lagi pada ulang tahun ke-15 mereka, pelbagai perubahan yang menarik diperkenalkan. Salah satu fungsi menarik pada Google Maps adalah Your Timeline. Ia adalah garis masa yang memaparkan perjalanan pengguna sepanjang hari, seperti bergerak dari lokasi mana ke mana dan dari pukul berapa.

Terkini, Your Timeline akan memaparkan filem apa yang anda tonton di pawagam jika Google Maps menjejak anda pergi ke sesebuah pawagam. Garis masa ini hanya akan dipaparkan kepada pengguna sahaja dan tidak terbuka kepada awam. Google hanya akan paparkan filem apa yang mungkin anda tonton, berdasarkan tarikh, masa dan jika sesebuah filem sedang ditayangkan. Malah, jika tekaan Google salah – pengguna bebas mengubahsuai butiran tersebut. Fungsi ini sebenarnya telah hadir sejak bulan Februari lalu, cuma baru-baru ini ia dipaparkan dalam laman sokongan Google.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd