TCL Melancarkan Tiga Variasi Telefon Dibawah Siri 10 – 10 5G, 10 Pro & 10L

TCL Melancarkan Tiga Variasi Telefon Dibawah Siri 10 – 10 5G, 10 Pro & 10L

Diterbitkan pada Apr 7, 2020 oleh .

Bulan Januari lalu, TCL telah mengacah kehadiran siri-10 mereka. Ia adalah siri peranti kelas pertengahan yang berbeza yang mempunyai fokus tersendiri. Peranti-peranti tersebut adalah TCL 10 5G, 10 Pro dan 10L. Peranti ini sepatutnya diperlihatkan pada acara MWC Barcelona 2020, namun acara tersebut dibatalkan – TCL terpaksa menangguhkan pengenalan peranti mereka ini.

Akhirnya TCL telah melancarkan peranti kelas pertengahan dengan tiga darjat berbeza mereka ini. Peranti pertama adalah TCL 10 5G, ia hadir dengan skrin 6.53″ FHD+ LCD dengan rekaan skrin berlubang. Ia dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 765 dan dipadankan dengan memori 6GB RAM dan storan dalaman 128GB yang boleh dikembangkan dengan kad microSD. Kamera pula adalah 64MP + 8MP sudut ultra lebar + 5MP lensa makro + 2MP sensor kedalaman dan kamera swafoto 16MP. Kapasiti bateri adalah 4500mAh dengan sokongan menjadikan peranti ini sebagai power bank. Untuk sekuriti ia menggunakan pengimbas cap jari tradisional. Harga jualan adalah €399 (~RM1879) dengan pilihan warna Chrome Blue dan Mercury Gray.

 

Seterusnya adalah TCL 10 Pro, yang hadir dengan skrin 6.47″ FHD+ AMOLED dengan rekaan dwi-lengkung. Ia dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 675 dan dipadankan dengan memori 6GB RAM dan storan dalaman 128GB yang boleh dikembangkan dengan kad microSD. Kamera pula adalah 64MP + 16MP sudut ultra lebar + 5MP lensa makro + 2MP sensor video waktu malam dan kamera swafoto 24MP. Kapasiti bateri adalah 4500mAh dengan sokongan menjadikan peranti ini sebagai power bank. Untuk sekuriti ia menggunakan pengimbas cap jari bawah skrin. Harga jualan adalah $449 (~RM1959) dengan pilihan warna Forest Green.

 

Akhir sekali adalah TCL 10L, variasi paling murah yang hadir dengan skrin 6.53″ FHD+ LCD dengan rekaan skrin berlubang. Ia dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 665 dan dipadankan dengan memori 6GB RAM dan storan dalaman sehingga 128GB yang boleh dikembangkan dengan kad microSD. Kamera pula adalah 48MP + 8MP sudut ultra lebar + 2MP lensa makro + 2MP sensor kedalaman dan kamera swafoto 16MP. Kapasiti bateri adalah 4000mAh dengan sokongan menjadikan peranti ini sebagai power bank. Untuk sekuriti ia menggunakan pengimbas cap jari tradisional. Harga jualan adalah $249 (~RM1086) dengan pilihan warna Arctic White atau Mariana Blue.

Masih tiada informasi lagi, jika Brightstar akan membawa masuk peranti ini ke pasaran Malaysia ataupun tidak. Tahun lepas, mereka telah membawa masuk TCL Plex – iaitu peranti kelas pertengahan yang memfokuskan kemampuan skrin. Sama-sama kita nantikan.



TIPS & ULASAN