Honor 30 Pro Akan Menggunakan Kirin 990 Dan Honor 30 Pula Dengan Kirin 985

Honor 30 Pro Akan Menggunakan Kirin 990 Dan Honor 30 Pula Dengan Kirin 985

Diterbitkan pada Apr 7, 2020 oleh .

Pasti ramai di kalangan pembaca Amanz yang menantikan kemunculan peranti Honor 30 kerana ia adalah alternatif yang lebih mesra dompet berbanding Huawei P40. Dengan pelancarannya yang akan berlangsung pada 15 April kelak, semakin banyak maklumat mengenai spesifikasinya telah mula diketahui dan Hari ini pemproses yang bakal digunakan oleh Hobnor 30 serta Honor 30 Pro pula tertiris.

Menurut laman Geekbench, Honor 30 Pro disahkan menggunakan cip Kirin 990 5G dan dilengkapi memori sebesar 8GB RAM. Peranti turut menggunakan Android 10. Sementara itu Honor 30 pula akan menggunakan cip baharu Kirin 985 5G menurut ciapan @onleaks. Ini ialah cip baharu yang berspesifikasi lebih rendah namun masih menyokong rangkain 5G dan berkemampuan menyokong sensor kamera bersaiz besar.

Sebelum ini kami melaporkan Honor 30 Pro akan dilengkapi sensor 50-Megapixel Sony IMX-700. Di atas kertas peranti mercu mampu milik ini akan mempunyai kemampuan fotografi yang menarik. Tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi sebelum peranti dilancarkan dan pastinya lebih banyak maklumat bakal tertiris,



TIPS & ULASAN