Bersama-sama pengenalan Honor 9X Pro, pihak Honor Malaysia turut telah memperkenalkan beberapa peranti lain, termasuk salah satunya adalah jam tangan pintar mereka dengan pilihan warna baru, iaitu Honor MagicWatch 2. Ia kini hadir dalam pilihan warna “Sakura Gold”.
Jam tangan pintar ini hadir dengan rekaan muka jam bulat, menawarkan penggunaan bateri sehingga 7-hari, menyertakan sejumlah mod kecergasan berbeza, serta hadir dengan tali jam 42mm.
Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan jam tangan pintar ini bermula 8 April 2020 kelak. Setiap pembelian juga akan ditawarkan dengan fon telinga Honor Sport Pro – tetapi sementara stok masih ada.