Cari @ Amanz

OnePlus telah mula mengacah sedikit demi sedikit perkara yang bakal diperkenalkan mereka pada 14 April 2020 kelak. Selepas berkongsi spesifikasi yang bakal disertakan pada siri OnePlus 8 kelak, kini mereka turut berkongsi berkenaan pengecas nirwayar terbaru mereka.

OnePlus Warp Charge

Dinamakan Warp Charge 30 Wireless, ia adalah produk baru daripada OnePlus. Pengecas nirwayar ini boleh menawarkan sokongan pengecasan nirwayar sehingga 30W. Ini membolehkan peranti anda dicas penuh sehingga 50% dalam masa setengah jam.

OnePlus mengatakan sebuah cip khusus turut disertakan pada pengecas nirwayar ini dalam mengawal output, selain mengelak daripada pengecas ini menjadi panas dan berlaku pembaziran tenaga. Selain sokongan peranti OnePlus, pengecas nirwayar ini turut menyokong piawaian Qi dengan pengecasan sehingga 5W.

Kita akan mendengar lanjut berkaitan harga jualan dan beberapa ciri lain berkenaan pengecas nirwayar ini pada 14 April kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd