Cari @ Amanz

Samsung Galaxy J6 mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2018. Peranti ini ketika itu hadir dengan Android 8.0 Oreo dan Samsung turut mengemaskini peranti ini kepada One UI melalui Android Pie. Peranti ini adalah peranti kelas pertengahan permulaan, untuk mereka yang ingin berjinak dalam penggunaan skrin Super AMOLED. Saiz skrin adalah 5.6-inci pada resolusi 1480×720 pixel, cip lapan-teras 1.6GHz, memori 3GB RAM dan storan 32GB.

Galaxy J6 2018

Terkini, pengguna-pengguna Galaxy J6 di Panama telah mula menerima kemaskini One UI 2.0 Android 10. Ia turut hadir dengan tampalan sekuriti bulan Mac 2020. Kemaskini ini dilihat hadir untuk Galaxy J6 dengan nombor model SM-J600G (sama dengan Malaysia). Versi perisian adalah J600GUBU6CTC8 dan ia sudah boleh dimuat turun menggunakan perisian firmware pihak ketiga. Namun, pengguna digalakkan untuk menantikan sahaja OTA. Saiz kemaskini adalah 2896MB, iaitu sekitar 2GB lebih.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd