Google Fit Dikemaskini Dengan Antaramuka Aktiviti & Tiles Baharu Untuk Wear OS

Google Fit Dikemaskini Dengan Antaramuka Aktiviti & Tiles Baharu Untuk Wear OS

Diterbitkan pada Apr 8, 2020 oleh .

Google Fit adalah aplikasi menjejak kesihatan pengguna dari Google. Melaluinya, pengguna boleh menggunakan sensor dari peranti untuk menjejak pergerakan seperti pedometer atau tambatkan dengan jam tangan Wear OS. Kemaskini besar mula diperkenalkan pada dua tahun lepas dan tahun lepas pula Google menambah sokongan membaca corak tidur pengguna.

Terkini, Google Fit dikemaskini sekali lagi dengan paparan aktiviti baharu. Penjejak langkah kini kembali dipaparkan di bahagian hadapan bersama-sama dengan Heart Points dalam graf lingkaran. Move Minutes pula telah diubah ke hujung selari dengan barisan kalori dan jarak. Perubahan ini dilakukan agar data-data lebih mudah dibaca oleh pengguna. Bacaan Heart Points turut ditambah baik dengan penjejakan dan panduan lebih bagus agar pengguna boleh capai 150 mata seminggu seperti yang dicadangkan oleh WHO.

Dukacita dimaklumkan yang perubahan ini terhad kepada pengguna iOS dan jam tangan Wear OS terlebih dahulu. Tidak pasti lagi bila aplikasi Google Fit untuk Android akan dikemaskini. Bercakap mengenai Wear OS, Google turut menambah dua tiles (seakan widget) baharu. Satu untuk memulakan senaman dengan akses pantas dan satu lagi untuk memantai data harian/mingguan. Kemaskini ini sudah pun siap dibangunkan dan akan diedarkan dalam masa seminggu kepada semua pengguna.



TIPS & ULASAN