Gambaran Sebenar Honor 30 Pro Diperlihatkan

Gambaran Sebenar Honor 30 Pro Diperlihatkan

Diterbitkan pada Apr 9, 2020 oleh .

Siri Honor 30 merupakan kesinambungan legasi peranti mercu Honor yang terbaru. Peranti ini dijadualkan muncul secara rasmi pada 15 April ini dan bakal diperkenal dalam beberapa model berbeza seperti Honor 30 dan Honor 30 Pro. Terdapat juga spekulasi Honor 30 Lite turut akan dilancarkan sekali,

Peranti ini terus menarik perhatian ramai dan hari ini reka bentuk Honor 30 Pro telah diperlihatkan menerusi siaran langsung yang dibuat oleh presiden Honir, George Zhao. Imej pengolokan rasmi menunjukkan peranti ini didatangkan dengan empat kamera di bahagian belakang yang diletakkan di dalam bonjol berbentuk segi empat.

Khabar angin sebelum ini mendedahkan ia akan disertakan dengan penggunaan sensor 50MP Sony IMX770 dan diiringi oleh sokongan tiga lagi lensa berbeza. Rekaan panel belakang nampak kemas dengan kemasan berkilat yang nampak menawan.

Terdahulu, Honor 30 Pro dilaporkan bakal menggunakan cip pemproses Kirin 990, manakala Honor 30 pula bakal dijana cip Kirip 985. Kami menjangkakan model Honor kali ini bakal muncul dengan spesifikasi lebih hebat baik dari segi dalaman mahupun luaran.



TIPS & ULASAN