Samsung Galaxy A71 5G Dan A51 5G Dilancarkan – Peranti 5G Kelas Pertengahan

Samsung Galaxy A71 5G Dan A51 5G Dilancarkan – Peranti 5G Kelas Pertengahan

Diterbitkan pada Apr 9, 2020 oleh .

Samsung melancarkan dua lagi peranti baharu yang menyokong rangkaian 5G iaitu Samsung Galaxy A71 5G dan Galaxy A51 5G. Peranti-peranti ini kesemuanya menggunakan cip Exynos 980 yang sebelum ini hanya ditemui pada peranti Oppo.

Dari segi spesifikasi Samsung Galaxy A71 5G dilengkapi skrin 6.7″ SAMOLED FHD+, memori sehingga 8GB, memori 128GB, kamera utama 64+12+5+5 MP, kamera swafoto 32MP dan bateri sebesar 4500 mAh. Peranti turut hadir dengan pengimbas cap jari terbina dalam skrin dan lubang kamera pada bahagian hadapan.

Sistem kamera utama pula dilengkapi lensa sudut lebar, ultra sudut lebar, makro dan mengesan kedalaman. Terdapat sokongan pengecasan pantas 25W menerusi port USB-C.

Samsung Galaxy A51 5G dilengkapi skrin 6.5″ SAMOLED FHD+, memori sehingga 8GB, memori 128GB, kamera utama 48+12+5+5 MP, kamera swafoto 32MP dan bateri sebesar 4500 mAh. Peranti turut hadir dengan pengimbas cap jari terbina dalam skrin dan lubang kamera pada bahagian hadapan.

Sistem kamera utama pula dilengkapi lensa sudut lebar, ultra sudut lebar, makro dan mengesan kedalaman. Peranti ini walau bagaimanapun hanya menyokong pengecasan 15W menerusi port UBS-C.

Dari segi rekaan peranti kelihatan sama dengan panel belakang kaca dwi-tona dengan kedua-dua butang fizikal diletakkan pada sisi kanan. Seperti Galaxy A51 dan A71 versi 4G, kamera diletakkan di dalam bonjol berbentuk empat segi.



TIPS & ULASAN