Mate Xs Menyebabkan Huawei Menanggung Kerugian Melebihi RM300 Juta

Mate Xs Menyebabkan Huawei Menanggung Kerugian Melebihi RM300 Juta

Diterbitkan pada Apr 9, 2020 oleh .

Huawei Mate Xs dilancarkan di China Februari lalu sebelum dipasarkan di Malaysia pada harga RM 11,111 sebuah. Mungkin ramai yang menyangka dengan harga peranti skrin boleh-lipat yang amat tinggi ini, Huawei boleh mengaut keuntungan berlipat ganda juga seperti Apple. Tetapi realitinya adalah 180 darjah berbeza dari yang disangka.

Menurut laporan IT Home hari ini, Richard Yu yang merupakan CEO bahagian peranti mudah alih Huawei mengakui syarikat beliau menanggung kerugian di antara $60-$7o juta (~RM260-RM300 juta) kerana menjual Mate Xs. Kerugian ditanggung kerana kos menghasilkan peranti adalah lebih tinggi berbanding harga jualannya pada waktu itu,

Beliau masih positif tentang masa hadapan peranti boleh-lipat dan percaya keuntungan boleh dicapai apabila harga kos skrin lipat mula berkurangan. Sebelum ini beliau turut dipetik berkata peranti skrin boleh-lipat akan menjadi lebih murah dan digunakan secara meluas dalam masa lima tahun.



TIPS & ULASAN