Carian
LG
LG Memperlihatkan Bahasa Rekabentuk Untuk Peranti Akan Datang
April 9, 2020 Aman

LG sebelum ini telah dilaporkan bakal hadir dengan siri keluarga peranti mercu baru – menggantikan siri G sebelum ini. Selari dengannya, kini LG secara rasminya memperlihatkan bahasa rekabentuk untuk peranti akan datang mereka.

LG Design 2020

LG mengatakan dengan rekaan baru ini, ia dijangka menawarkan gaya sofistikated, selain mengambil sedikit elemen alam semulajadi padanya. LG turut mengatakan mereka memfokuskan kepada rekaan lengkuk simetri pada rekaan baru kelak. Rekaan kamera belakang pula dikatakan mengambil inspirasi air hujan yang menitis.

LG Design 2020

Buat masa ini, LG masih belum berkongsi bilakah telefon pintar baru akan hadir. Menurut desas-desus sebelum ini, ia dijangka diperkenalkan pada bulan Mei kelak.

Komen