Carian
Microsoft Dijangka Menangguhkan Surface Neo Ke 2021
April 9, 2020 Aman

Pada penghujung tahun lepas, Microsoft telah memperlihatkan sejumlah peranti baru, termasuk komputer dengan dwi-skrin mereka, dinamakan Surface Neo.

Surface Neo

Surface Neo menggunakan dwi-skrin bersebelahan, dan menjalankan sistem operasi khusus dinamakan Windows 10X. Pada awalnya, Microsoft menjadualkan pengenalan komputer ini pada 2020, tetapi kini ia dilaporkan mungkin ditangguhkan.

Microsoft diperkatakan kini lebih memfokuskan dalam mengoptimasikan Windows 10X untuk peranti dengan satu skrin terlebih dahulu – sebelum ia dioptimasikan untuk peranti dengan dwi-skrin. Selain daripada itu, dengan penularan wabak Covid-19, ia membawa kepada pelbagai perubahan latar pembangunan produk.

Microsoft kini disasarkan untuk memperkenalkan Surface Neo bersama-sama Windows 10X ini menjelang 2021 kelak.

Komen