Google sebelum ini telah sedia menawarkan ciri Google Instant Apps untuk Android – membolehkan para pengguna mencuba sesuatu aplikasi dengan mudah tanpa perlu memasangnya terlebih dahulu. Hal ini memberikan lebih kebebasan kepada pengguna untuk melihat penawaran sesuatu aplikasi sebelum memilih untuk memuat-turun dan menggunakannya secara menyeluruh.
Melalui kod pembangunan iOS 14, ia dilihat Apple kelak akan menawarkan ciri yang hampir sama. Dinamakan “Clips” buat masa ini, ia membolehkan pengguna mengimbas sebuah kod QR, dan mendapatkan pengalaman awal penggunaan sesuatu aplikasi tanpa perlu muat-turunnya.
Buat masa ini, penawaran menyeluruh ciri ini masih tidak diketahui lagi, dan mungkin akan diketahui lanjut dalam masa beberapa bulan lagi. Sama-sama kita nantikan sama ada penawaran ini akan berfungsi seumpama ciri Google Instant Apps, atau seumpama ciri Slices pada Android kelak – atau mungkin juga Apple mempunyai penawaran mereka tersendiri.