Nokia 4.2 dilancarkan di Malaysia pada tahun lepas dengan tanda harga RM599. Ia hadir dengan skrin 5.71-inci, dijana cip Snapdragon 439, memori 3GB RAM, dan storan 32GB. Melengkapkan ia juga adalah bateri berkapasiti 3000mAh. Ia hadir dengan kamera 13+2 Megapixel dan kamera swafoto 8 Megapixel. Ia turut mempunyai butang fizikal khas untuk menyeru Google Assistant.
Nokia 4.2 owners, your device just got even better! You can now update to Android 10 with all-new features available! Check here for more details and availability in different countries 👇https://t.co/l9lt6bOcQv@Nokiamobile #Android10 #Nokia4dot2 pic.twitter.com/ni6Im40UwP
— Juho Sarvikas (@sarvikas) April 9, 2020
Ketika dilancarkan peranti ini menjalankan Android One berasaskan Android 9.0 Pie. Kini selapas hampir setahun, peranti ini menerima kemaskini Android 10. Tiada butiran lanjut mengenai kemaskini ini, tetapi Android One adalah Android asli untuk peranti bukan Pixel. Jadi, majoriti fungsi dan ciri yang ada pada peranti Pixel turut akan diperkenalkan dalam kemaskini ini.
Pengguna Malaysia adalah antara yang terawal akan menerima kemaskini ini. Ia sudah pun diedarkan sejak semalam lagi dan anda akan patut lihat notifikasi muat turun kemaskini terpapar pada peranti. Buka notifikasi tersebut dan mulakan muat turun.