Apple Dan Google Bekerjasama Untuk Teknologi Mengesan Kontak Melalui Bluetooth

Apple Dan Google Bekerjasama Untuk Teknologi Mengesan Kontak Melalui Bluetooth

Diterbitkan pada Apr 11, 2020 oleh .

Google dan Apple hari ini membuat kejutan, dan telah pun mengumumkan kerjasama dalam membangunkan teknologi yang membantu mengesan kontak.

Kedua-dua syarikat ini akan hadir dengan penggunaan teknologi Bluetooth dalam membantu agensi kerajaan dan kesihatan untuk mengurangkan penyebaran virus. Hal ini sekaligus akan memudahkan pihak berkuasa menyemak pengesanan kontak dan mengawal penyebaran virus dengan lebih baik.

Google dan Apple juga turut menekankan kepada fokus terhadap sekuriti dan privasi dalam teknologi yang mereka akan bangunkan ini – serta akan mengintegrasikan pada sistem operasi mudah-alih masing-masing.

Apple Covid

Untuk peringkat awal, kedua-dua syarikat gergasi ini akan hadir dengan sokongan API untuk memudahkan bantuan dalam mengaktifkan pengesanan kontak. Apple dan Google dijangka memperkenalkan sokongan API ini seawal bulan hadapan, sekaligus memudahkan pihak berkuasa melakukan pemantauan antara pengguna – tanpa mengira peranti yang mereka gunakan, sama ada Android atau iOS.

Disamping itu, dalam bulan-bulan akan datang, kedua-dua syarikat, Apple dan Google akan mengintegrasikan teknologi berasaskan Bluetooth dalam sistem operasi mereka pada peringkat sistem – sekaligus membolehkan lebih ramai menyertai dalam integrasi menyeluruhnya.

Apple dan Google akan berkongsi secara terbuka berkaitan pembangunan ini, sekaligus mengelak masalah seperti privasi dan sekuriti hadir.

Penularan wabak Covid-19 ini telah memperlihatkan pelbagai negara melihat kepada pengesanan kontak dalam mengawal wabak berkenaan. Pada hari ini, setiap negara hadir dengan solusi masing-masing, malah Malaysia sendiri membangunkan penyelesaian tersendiri. Dengan integrasi oleh Apple dan Google – pada Android dan iOS, ia akan memudahkan lagi proses ini, tidak kira sekarang atau pada masa akan datang.



TIPS & ULASAN