Carian
Perkhidmatan Samsung S Voice Akan Dihentikan Pada 1 Jun
April 11, 2020 Effi Saharudin

Lapan tahun yang lalu. Samsung S Voice dilancarkan pada Galaxy S3 sebagai alternatif kepada Google Now. Ia kemudian digantikan pula oleh Bixby sejak Galaxy S8. Tetapi masih terdapat peranti lama yang masih menggunakan S Voice da perkhidmatannya akan dihentikan bermula 1 Jun 2020.

Sekiranya S Voice digunakan pada tarikh di atas, aplikasi akan mengatakan ia tidak dapat bersambung kepada pelayar perkhidmatan. Model peranti  yang akan terjejas akibat penamatan S Voice adalah seperti senarai di bawah. Berapa ramaikah di kalangan anda yang masih menggunakan S Voice?

  1. Galaxy A3
  2. Galaxy A5
  3. Galaxy A7
  4. Galaxy A8
  5. Galaxy A9
  6. Galaxy Note 2
  7. Galaxy Note 3
  8. Galaxy Note 4
  9. Galaxy Note 5
  10. Galaxy Note FE
  11. Galaxy Note Pro 12.2
  12. Galaxy S3
  13. Galaxy S4
  14. Galaxy S5
  15. Galaxy S6
  16. Galaxy S6 Edge
  17. Galaxy Tab 4
  18. Galaxy Tab 4 10.1
  19. Galaxy Tab 4 8.0
  20. Galaxy Tab S10.5
  21. Galaxy Tab S8.4
  22. Galaxy W
Komen