Cari @ Amanz

Suatu ketika dulu kami akan melaporkan peratusan penggunaan versi-versi sistem operasi Android setiap bulan kerana ia dikemaskini oleh Google menerusi laman Android Developer. Namun sejak Mei tahun lalu, angka penggunaan pelbagai versi Android tidak lagi dikemaskini. Menurut laporan 9to5Google, laman Android Developer kini tidak lagi menunjukkan peratusan penggunaan pelbagai versi Android.

Sebaliknya hanya saiz skrin serta kepadatan pixel serta versi OpenGL sahaja dipaparkan secara terbuka. Walaupun begitu, peratusan penggunaan versi-versi Android masih boleh diakses sekiranya anda adalah pembangunan menerusi Android Studio.

Pada waktu Android 9 Pie mempunyai peratusan terbesar dengan 31.3%  diikuti oleh Oreo (21.3%), Nougat (12.9%), Marshmallow (11.2%), Lollipop (9.2%) dan Android 10 (8.2%). Peratusan penggunaan Android 10 masih lagi amat rendah selepas hampir setahun dilancarkan secara rasmi. Berita baik di sini ialah versi sistem operasi paling popular ialah Pie yang tidaklah terlalu lama dan masih menerima tampalan sekuriti.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd