Tahun lalu skrin 90Hz adalah ciri perlu pada sebuah peranti mercu dan tahun ini ia digantikan pula dengan skrin 120Hz. Oppo nampaknya akan melancarkan A92s, sebuah peranti pertengahan yang dilengkapi skrin 120Hz selepas rekaan dan spesifikasi peranti ini tertiris ke arena web pada penghujung minggu ini.
Selain skrin 120Hz, peranti ini turut dilengkapi dwi-kamera hadapan yang diletakkan di dalam lubang kamera berbentuk bujur dalam skrin. Skrin dengan kadar segar semula yang tinggi ini dipadankan dengan sokongan rangkaian 5G dengan cip pemproses MediaTek Dimensity 800, memori sebesar 8GB RAM dan storan 128GB (UFS 2.1).
Peranti turut dilengkapi kuad kamera 48+8+2+2 Megapixel yang diletakkan di dalam bonjol kamera berbentuk empat segi. Antara yang paling menarik ialah A92s turut mempunyai sebuah pengimbas cap jari pada bahagian sisi. Ini ialah petanda awal skrin yang digunakan ialah dari keluarga LCD dan bukannya OLED.
Dengan pelancarannya kelak, Oppo A92s akan menjadi sebuah lagi peranti selain Redmi K30 yang skrin kadar segar semula yang tinggi.