Instagram Live Mula Disokong Pada Pelayar Web

Instagram Live Mula Disokong Pada Pelayar Web

Diterbitkan pada Apr 13, 2020 oleh .

Ada aplikasi yang lebih baik pengalaman penggunaannya pada desktop berbanding pada aplikasi telefon mudah alih atas sebab skrin yang lebih besar. Instagram juga pada hemat kami adalah lebih mesra pengguna pada versi desktop. Nampaknya Instagram telah mula memberikan tontonan Instagram Live pada beberapa pengguna secara senyap pada pelayar web menurut laporan Android Police.

Selain skrin yang lebih besar memberikan pengalaman menonton yang lebih memuaskan, Instagram Live pada desktop turut mengasingkan ruangan teks dari video. Ia mempunyai ruang khas di sisi kanan video yang distrim yang tidak menghalang video seperti yang biasa kita lihat pada aplikasi telefon pintar. Instagram masih belum mengumumkan sokongan Live pada desktop secara rasmi dan kami sendiri masih belum dapat mengakses ciri ini.

Ia sebenarnya telah lama diminta oleh pengguna. Sejak semakin ramai pengguna terpaksa duduk di rumah bagi merendahkan keluk, semakin banyak sokongan pada desktop diberikan pada aplikasi peranti mudah alih seperti Facebook Messenger beberapa minggu lalu.



TIPS & ULASAN