Cari @ Amanz

iPad Pro 2020 yang dilancarkan beberapa minggu yang lalu dilengkapi cip pemproses Apple A12Z . Ramai yang tertanya-tanya apakah perbezaannya dengan A12X yang digunakan pada iPad Pro yang dilancarkan dua tahun lalu. Jawapan kepada persoalan ini terjawab menerusi analisis yang dilakukan oleh Techinsight.

Menurut mereka Apple A12Z adalah cip yang sama seperti A12X cuma dengan satu teras GPU tambahan. Ia mempunyai lapan teras GPU berbanding hanya tujuh pada A12X. Ini adalah sebab utama mengapa peningkatan kemampuan memproses yang diuji menggunakan aplikasi penanda aras adalah tidak tinggi berbanding perbezaan diantara A12 dengan A13.

Dengan kata lain sekiranya adan sudahpun memiliki sebuah iPad Pro dengan A12X, iPad Pro 2020 tidak akan memberikan peningkatan prestasi yang berbaloi. Ia mungkin hanya berbaloi sekiranya anda memerlukan tablet dengan LIDAR, memori yang lebih besar dan sokongan WiFI 6.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd