Pengguna Samsung Galaxy S20 Ultra Melaporkan Masalah Pemanasan Dan Pemfokusan Kamera

Pengguna Samsung Galaxy S20 Ultra Melaporkan Masalah Pemanasan Dan Pemfokusan Kamera

Diterbitkan pada Apr 14, 2020 oleh .

Dengan harga jualan hampir mencecah RM5000 di Malaysia, Samsung Galaxy S20 Ultra ialah antara telefon pintar paling premium di Malaysia. Secara lazimnya apabila harga jualan tinggi, pengguna mengharapkan peranti akan dapat digunakan tanpa sebarang masalah. Tetapi sebilangan pengguna S20 Ultra yang dijana cip Exynos mula melaporkan masalah pemanasan melampau dan sistem pemfokusan kamera.

Menurut Android Authority, rungutan dapat dilihat pada forum rasmi Samsung serta hantaran di media sosial. Secara majoritinya pengguna S20 Ultra lebih banyak melaporkan peranti beroperasi lebih panas berbanding normal dan kamera yang gagal memfokus dengan betul walaupun selepas menerima kemas kini yang sepatutnya menyelesaikan masalah beberapa minggu lalu.

Masalah berlaku secara rawak dan pada waktu ini tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak Samsung mengenai masalah yang dilaporkan. Sebelum ini mereka mengakui kamera tidak memfokus dengan betul dan ia diselesaikan menerusi kemas kini yang diberikan. Masalah ini tidak lagi berlaku pada S20 Ultra yang kami ulasan di Amanz.



Paling Popular