Cari @ Amanz

Tesco sebelum ini telah menawarkan kemudahan untuk pengguna membuat pembelian menggunakan WhatsApp dalam memudahkan pengguna membuat pembelian, dan seterusnya mengambil barangan terus di pasaraya berkenaan. Dengan konsep lebih kurang sama, kini Mydin turut melakukan perkara sama dengan apa yang dinamakan Mydin Express.

Mydin Express

Melalui Mydin Express, pengguna boleh memilih cawangan terdekat dengan anda, dan seterusnya memilih barangan yang anda inginkan daripada Mydin.

Pengguna perlu melakukan pembelian minima RM50, dan seterusnya perlu memasukkan nombor kenderaan dan nombor telefon, selain memilih tarikh untuk mengambil barangan berkenaan.

Sebaik sahaja selesai membuat tempahan, pengguna akan menerima mesej melalui WhatsApp, dan mengambil barangan daripada kedai Mydin berdekatan anda.

Mydin Express

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd