Carian
Honor 30 Pro+ Menerima Skor 125 DXOMark – Kedua Terbaik Setakat Ini
April 15, 2020 Amy Maizuraa

Honor 30 Pro+ merupakan peranti terbaru keluaran Honor yang menawarkan inovasi kelas mercu dengan spesifikasi premium termasuk perkakasan yang hebat untuk keupayaan kameranya. DXOMark telahpun mengeluarkan skor untuk Honor 30 Pro+ dan ia berjaya mencatatkan skor sebanyak 125 mata sekaligus berada di posisi kedua dalam senarai. Prestasi Honor 30 Pro+ dikatakan sangat baik untuk foto dan video. Menurut DXOMark, peranti ini menerima skor sebanyak 136 mata untuk kemampuan fotografi dan 104 mata pula untuk kemampuan videografi.

Pujian diberikan kepada kemampuan sistem autofokus yang pantas serta tajam, penghasilan gambar yang kelihatan terperinci dengan tekstur yang baik, sistem imbangan putih yang seimbang dan kemampuan rakaman video dengan perincian bagus.

Untuk makluman, Kamera utama Honor 30 Pro+ menggunakan sensor 50MP 1/1.28″ sama seperti yang kita dapat lihat pada siri Huawei P40 tetapi tidak menyokong imej penstabilan OIS. Maka setakat ini untuk tahun 2020, dua peranti mercu dari Huawei merajai carta kemampuan kamera terbaik DXOMark.

Komen