Grab Menangguhkan Sementara Perkhidmatan Pascabayar “PayLater”

Grab Menangguhkan Sementara Perkhidmatan Pascabayar “PayLater”

Diterbitkan pada Apr 17, 2020 oleh .

Grab sebelum ini telah hadir dengan ciri PayLater, yang mana membolehkan pengguna menggunakan perkhidmatan terlebih dahulu dan membuat pembayaran pada penghujung bulan – lebih kurang seumpama penggunaan bil telekomunikasi pascabayar.

Grab Pay Later

Apa pun, selepas membuat ujian rintis untuk perkhidmatan PayLater berkenaan, hari ini Grab telah mula menghantar notifikasi, mengatakan mereka akan menangguhkan sementara perkhidmatan berkenaan.

Grab PayLater

Grab mengatakan ciri ini akan boleh digunakan sehingga 30 April 2020 kelak, dan selepas itu tidak lagi boleh digunakan. Pengguna yang menggunakan Grab PayLater ini akan menerima bil mereka bermula 1 Mei 2020 kelak, dengan tarikh akhir bayaran pada 7 Mei 2020.

Buat masa ini, Grab mengatakan mereka lebih memfokuskan sumber terhadap beberapa ciri lain, termasuk berkaitan penghantaran dan juga ciri GrabMart.

Melalui perkongsian lanjut pihak Grab, mereka turut mengatakan ciri PayLater akan kembali pada masa akan datang dengan penambah-baikkan, termasuk rakan kerjasama baru.



TIPS & ULASAN