Presiden Beats Meninggalkan Syarikat Dan Digantikan Dengan Ketua Apple Music

Presiden Beats Meninggalkan Syarikat Dan Digantikan Dengan Ketua Apple Music

Diterbitkan pada Apr 19, 2020 oleh .

Satu perubahan besar akan berlalu di Beats Electronics pada penghujung April apabila presidennya Luke Wood akan meninggalkan syarikat. Beliau akan digantikan oleh Oliver Schusser yang juga merupakan ketua Apple Music. Dengan Wood meninggalkan syarikat, tiga tunggak utama Beats Electronics tidak akan lagi bersama gergasi aksesori audio ini.

Like Wood, Andre “Dr Dre” Young dan Jimmy Iovine adalah tiga tunggak utama yang menjadikan fon kepala Beats aksesori audio yang bergaya. Produk mereka dipaparkan di dalam video muzik artis di bawah label Interscope milik Iovine. Perkhidmatan penstriman Beats Music pula dilancarkan di bawah pengurusan Like Wood sebelum dihentikan supaya tidak bersaing dengan Apple Music.

Dengan Oliver Shusser mengambil alih tampuk pengurusan Beats Electronics, ia menguatkan lagi ura-ura Apple akan menghentikan pengeluaran aksesori audio berjenama Beats.



TIPS & ULASAN