AirPods Pro Lite Mungkin Dilancarkan Seawal Bulan Hadapan

AirPods Pro Lite Mungkin Dilancarkan Seawal Bulan Hadapan

Diterbitkan pada Apr 20, 2020 oleh .

Ura-ura mengenai AirPods Pro Lite mula didengari pada awal 2020. Ia dilihat sebagai model Pro yang akan dijual pada harga paling mampu milik setakat ini. Pada asalnya ia dikhabarkan akan dilancarkan pada bulan Mac serentak dengan “iPhone 9”. iPhone 9 telahpun dilancarkan menggunakan nama iPhone SE minggu lalu. Kini peniris maklumat Jon Prosser berkata AirPods baharu sudah sedia untuk dilancarkan pada bukan Mei,

Ia akan mengekalkan sistem pembatalan hingar aktif, mod transparensi dan kemampuan kalis air. Tambah Prosser lagi ia akan dilancarkan bersama MacBook Pro 13 baharu dengan kekunci Magic dan mungkin juga degan fon kepala pertama Apple. Jon Prosser sebelum ini meramalkan Apple akan menghentikan jualan Beats dan AirPower sedang dibangunkan semula. Kesemua ramalan masih belum menjadi kenyataan maka ramalan ini juga masih belum boleh diambil serius.



TIPS & ULASAN