Minggu lalu mula kedengaran ura-ura Apple AirPods Pro Lite akan dilancarkan pada suku kedua 2020. Fon telinga ini akan menjadi model lebih mampu milik berbanding AirPods Pro yang mula dipasarkan sejak Disember 2019. Menurut laporan Digitimes, pelancaran AirPods Pro Lite kini ditangguhkan.
Sebab penangguhan adalah kerana wabak Covid-19 yang melanda China sejak sebulan yang lalu. Wabak ini telahpun mengakibatkan bekalan iPhone terjejas memandangkan Foxconn masih belum mampu kembali ke tahap produksi maksimum. Sebelum ini telah dilaporkan hanya 10% tenaga kerja Foxconn kembali bertugas pasca Tahun Baru Cina.
Dengan penangguhan Apple AirPods Pro Lite dan gangguan bekalan iPhone, tidak mengejutkan jika iPhone 9 yang diramalkan akan dilancarkan Mac ini turut akan ditangguh.