Kerja Pemasangan Talian Internet Semasa PKP Boleh Dilakukan Di Zon Hijau Sahaja

Kerja Pemasangan Talian Internet Semasa PKP Boleh Dilakukan Di Zon Hijau Sahaja

Diterbitkan pada Apr 20, 2020 oleh .

Pada Sabtu yang lalu menteri kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerja pemasangan Internet di tempat tinggal kini dibenarkan sepanjang tempoh PKP. Tetapi SKMM telah mengeluarkan kenyataan baharu bahawa kerja pemasangan ini terhad kepada kawasan hijau sahaja pada waktu ini.

Internet

Ini adalah bagi mengambil kira tahap keselamatan para
pelanggan dan pekerja syarikat penyedia perkhidmatan, serta situasi
semasa di lokasi yang dikenal pasti berisiko tinggi dengan jangkitan
COVID-19. Di bawah ialah senarai Zon Merah di seluruh Malaysia sehingga semalam. Jadi sekiranya anda di dalam zon-zon ini, penantian untuk pemasangan Internet akan berterusan.

  1. Johor – Batu Pahat, Johor Bahru, Kluang dan Muar
  2. Kelantan  – Kota Bharu
  3. Kuala Lumpur  – Cheras, Kepong, Lembah Pantai dan Titiwangsa
  4. Melaka – Jasin dan Melaka Tengah
  5. Negeri Sembilan –  Seremban dan Rembau
  6. Pahang – Kuantan dan Jerantut
  7. Perak – Hilir Perak dan Kinta
  8. Sabah – Tawau dan Kota Kinabalu
  9. Sarawak – Kuching dan Kota Samarahan
  10. Selangor – Petaling, Hulu Langat, Gombak, Klang, Sepang dan Hulu Selangor
  11. Wilayah Persekutuan – Putrajaya


Paling Popular