Kementerian Pengangkutan Malaysia kini telah mengeluarkan sedikit garis panduan untuk perkhidmatan penghantaran makanan dan bungkusan menggunakan motosikal, atau dipanggil sebagai “P-Hailing” (singkatan Parcel Hailing).
Melaluinya, sejumlah perkara dikongsikan, termasuk waktu operasi yang terhad dari jam 8 pagi ke 8 malam, selain terhad penghantaran jenis barangan mengikut zon yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.
Pada garis panduan sama, ia juga dinyatakan yang mana kesemua penunggang p-hailing ni diwajibkan untuk memuat-turun dan mendaftar di aplikasi MySejahtera, serta perlu menunjukkan bukti pendaftaran kepada pihak penguatkuasa.
Aplikasi MySejahtera ini ditawarkan untuk Android dan iOS, membolehkan pengguna mengetahui keadaan sekeliling mereka, mengetahui info terkini, selain turut membantu rakyat melaksanakan penilaian kesihatan sendiri.
Untuk makluman, aplikasi ini dijangka akan digunakan sebagai salah satu aplikasi utama dalam membendung penularan wabak Covid-19.
Bagi anda yang terlibat dengan penghantaran bungkusan, boleh memuat-turun dan menggunakan aplikasi MySejahtera ini. Anda yang tidak terlibat juga turut boleh memuat-turun dan menggunakan aplikasi ini hari ini.
- Muat-Turun MySejahtera untuk Android
- Muat-Turun MySejahtera untuk iOS