HBO Max kini secara rasmi akan memulakan operasi pentsriman video pada 27 Mei 2020. Ia bakal menjadi antara platform penstriman terbesar dunia kerana menawarkan kandungan eksklusif pihak WarnerMedia.
Di dalam HBO Max, kandungan HBO seperti Game of Thrones akan ditawarkan bersama dengan kandungan Friends, South Park, Cinemax, New Line, DC Entertainment, Warner Bros, The CW, CNN, TNT, TBS, TruTV, Turner Classic Movies, Crunchyroll, Adult Swim, Cartoon Network, Rooster Teeth, Looney Tunes dan banyak lagi.
Ia adalah sebab mengapa siri Friends ditarik dari Netflix tahun ini di Amerika Syarikat. Sebanyak 10,000 jam kandungan boleh ditonton pada hari pertama pelancaran. Kini terdapat terlalu banyak platform penstriman video yang membuatkan sukar untuk pengguna melanggan. Antara impak ketara ialah jumlah kandungan yang dicetak rompak menggunakan Torrent kembali meningkat secara mendadak.