Opera Kini Memudahkan Lagi Pengguna Mengakses Instagram Pada Pelayar Web Mereka

Opera Kini Memudahkan Lagi Pengguna Mengakses Instagram Pada Pelayar Web Mereka

Diterbitkan pada Apr 23, 2020 oleh .

Opera merupakan salah satu pelayar web desktop yang terkenal, dan menawarkan sejumlah ciri-ciri menarik. Terbaru, melalui kemaskini baru Opera, mereka turut menyertakan ciri integrasi Instagram pada bahagian tepi pelayar web Opera untuk akses lebih pantas.

Dengan adanya integrasi Instagram pada sidebar, ia membolehkan pengguna mengikuti kemaskini dengan lebih pantas daripada perkhidmatan sosial berkenaan tanpa perlu membuka tab berasingan untuknya.

Apatah lagi dengan sokongan DM dan ciri-ciri baru menarik yang lain dari Instagram untuk web, ia menjadikan ciri integrasi ini lebih berguna kepada pengguna.

Bagi anda yang menggunakan Opera, boleh mengemaskini pelayar web anda hari ini untuk mengakses ciri ini, atau memuat-turunnya hari ini untuk desktop anda.

Muat-Turun Opera untuk desktop



TIPS & ULASAN