Samsung Galaxy S20+ 5G Edisi Sukan Olimpik Telah Dibatalkan

Samsung Galaxy S20+ 5G Edisi Sukan Olimpik Telah Dibatalkan

Diterbitkan pada Apr 23, 2020 oleh .

Sebagai penaja rasmi Sukan Olimpik Tokyo 2020, Samsung akan mengeluarkan Galaxy S20+ 5G edisi Sukan Olimpik yang imejnya telah tertiris bulan lalu. Peranti ini akan diberikan kepada atlet secara percuma bagi memperingati temasya yang dihadiri. Dengan Sukan Olimpik 2020 telah ditangguhkan ke tahun 2021, Galaxy S20+ 5G kini telah secara rasmi dibatalkan pengeluarannya.

Pengumuman pembatalan peranti ini telah dilakukan oleh pihak NTTDocomo menerusi laman mereka. Keputusan yang diambil adalah munasabah memandangkan pada tahun 2021 kelak peranti yang lebih terkini akan mengambil alih tempat S20+ 5G sebagai peranti mercu premium Samsung.



TIPS & ULASAN