Google Duo Dikemaskini Dengan Kualiti Panggilan Video Lebih Baik Dan Pelekat

Google Duo Dikemaskini Dengan Kualiti Panggilan Video Lebih Baik Dan Pelekat

Diterbitkan pada Apr 23, 2020 oleh .

PKP yang dilaksanakan ketika ini menyebabkan perbincangan secara fizikal tidak dapat dilaksanakan lagi seperti sebelum ini. Perkhidmatan pemesejan segera dan panggilan video telah menyaksikan lonjakan baharu dan ia adalah platform paling banyak digunakan oleh pengguna hampir setiap hari.

OxygenOS Duo

Kesinambungan itu, Google Duo kini memperluaskan lagi penawarannya melalui  sejumlah fungsi baru bagi membantu pengguna untuk kekal berhubung. Antaranya, Google Duo kini telah mengaktifkan penggunaan codec video AV1 (AOMedia Video 1) pada fungsi panggilan videonya. Di mana bantu meningkatkan kualiti dan kebolehpercayaan ketika membuat panggilan video walaupun pada sambungan jalur lebar yang sangat rendah.

Selain itu, Google Duo juga turut akan menambah sokongan lebih banyak pengguna dalam sesebuah panggilan. Hanya beberapa minggu yang lalu ia menyokong sehingga 12 pengguna dan ia akan ditambah lagi dalam masa beberapa minggu dari sekarang.

Seterusnya, Google Duo juga menambah lebih banyak cara untuk pengguna berkongsi antara satu sama lain. Sebagai contoh, pengguna kini boleh membuat tangkap layar ketika panggilan video berlangsung dan ia akan dikongsikan secara automatik kepada setiap orang yang terlibat. Ciri ini dikatakan mengganti tangkapan skrin secara manual.

Google Duo juga telah disertakan dengan beberapa ciri menarik lain seperti pelekat AR khusus, keupayaan klip video dan nota ringkas dengan teks untuk pengguna berkongsi pelbagai saat indah bersama rakan – rakan atau keluarga.

Dengan penggunaan Google Duo , pengguna kini boleh membuat panggilan video yang lebih berkualiti tinggi dan terus kekal berhubung dengan mudah meskipun tidak dapat bersua secara fizikal.



TIPS & ULASAN