Skype Kini Menyokong Penukaran Imej Latar Belakang Seperti Zoom

Skype Kini Menyokong Penukaran Imej Latar Belakang Seperti Zoom

Diterbitkan pada Apr 23, 2020 oleh .

Ciri paling menarik Zoom selain menjadi aplikasi telesidang yang menyokong banyak pengguna ialah kemampuan menukar latar belakang dengan imej pilihan. Ia adalah fenomena tular dengan pelbagai latar belakang maya dihasilkan oleh studio permainan video serta animasi. Ciri ini kini disokong juga pada aplikasi Skype,

Sokongan latar belakang pilihan sendiri ini boleh digunakan pada versi Windows, Mac, Linux dan laman web. Untuk menggunakannya anda perlu memuat turun versi terkini dari laman web Skype. Aneh sekali versi yang ditawarkan menerusi Microsoft Store masih tidak menyokongnya.

Sebelum menyokong penukaran latar belakang, Skype turut ada menyokong ciri mengaburkan latar belakang secara automatik menggunnakan kecerdasan buatan bagi mengelakkan kesipuan ketika melakukan panggilan telesidang.



Paling Popular