Cari @ Amanz

Robot Spot Diubahsuai Untuk Kegunaan Doktor Merawat Pesakit Covid-19

Link Copied!

Robot Spot oleh Boston Dynamics diperlihatkan dua tahun yang lalu dan dengan segera menerima nama jolokan Anjing Siber. Ia kemudian diberikan tangan untuk kemampuan membuka pintu dan turut boleh menarik sebuah lori apabila digunakan secara berkumpulan. Ia kini mempunyai satu lagi kegunaan baharu iaitu digunakan pula oleh doktor untuk merawat pesakit Covid-19.

Sebuah tablet iPad diletakkan pada bahagian atas Spot untuk tujuan telesidang di antara doktor dan pesakit yang memasuki ruang triage hospital. Dengan ini doktor boleh melakukan saringan awal dari jarak jauh tanpa perlu memakai pakaian PPE. Pihak Boston Dynamics membangunkan Spot untuk hospital ini selepas menerima pertanyaan dari orang awal. Suhu tubuh pesakit boleh diambil menggunakan sensor yang telahpun digunakan pada Spot untuk tujuan navigasi. Seterusnya Boston Dynamic akan cuba memasangkan modul nyahkuman menggunakan cahaya ultra ungu pula pada bahagian belakang robot.

Teknologi robotik nampaknya digunakan untuk mengurangkan beban petugas barisan hadapan wabak Covid-19. Di Malaysia robot Makcik Kiah 19 USM dan MediboT UIAM turut berjaya dibangunkan dalam masa yang pantas.


Komen ()