Carian
Xiaomi Mengesahkan Merancang Untuk Membawa Masuk MiTV Ke Malaysia Dalam Tahun ini
April 24, 2020 Aman

Pengurus Xiaomi Malaysia, Nicolas Shi kini telah mengesahkan kepada Amanz, mengatakan mereka merancang untuk membawa masuk televisyen pintar Mi TV ke pasaran tempatan pada tahun ini.

Buat masa ini, tiada sebarang tarikh yang diberikan oleh beliau. Memandangkan televisyen pintar ini telah pun dipasarkan di Indonesia, maka kita mungkin melihatnya untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.

Nicolos Shi menjawab soalan berkenaan ketika diajukan berkenaan penawaran peranti berhubung Xiaomi untuk pasaran tempatan.

Beliau turut mengatakan Xiaomi merancang untuk membawa masuk lebih banyak peranti pintar ke pasaran Malaysia. Ini adalah termasuk Mi Air Purifier, Mi Watch, Gaming Monitor, Mi Router, dan sebagainya.

Xiaomi Malaysia turut mengatakan mereka merancang untuk terus menambah-baik gaya hidup rakyat Malaysia melalui penawaran pelbagai peranti dari ekosistem Xiaomi di Malaysia.

Komen