Telegram hari ii telah berkongsi mengatakan mereka kini mempunyai lebih 400 juta pengguna aktif bulanan pada platform mereka. Sejumlah perkara menarik telah dikongsikan Telegram selari dengannya, termasuk mengatakan mereka menyasarkan untuk membawa sokongan panggilan video yang selamat melalui platform mereka.
Telegram mengatakan mereka akan memfokuskan kepada penawaran panggilan video berkumpulan yang selamat dan mesra pengguna. Pengumuman ini selari dengan bentuk penggunaan kini yang lebih memfokuskan kepada panggilan video – terutamanya disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan.
Ini sekaligus akan melihat Telegram bersaing dengan sejumlah penyedia perkhidmatan panggilan video lain – termasuk seperti Zoom, dan juga Skype.
Pihak Telegram masih belum berkongsi berkenaan had penyertaakn pengguna dalam satu panggilan dan sebagainya. Pesaing terdekat mereka, WhatsApp kini telah mula menguji panggilan dengan lapan peserta buat masa ini.