OnePlus 6 dan OnePlus 6T adalah peranti mercu OnePlus pada tahun 2018. Peranti ini hadir dengan pelbagai kontroversi, lebih-lebih lagi pada OnePlus 6T yang sudah mula membuang port bicu audio. November tahun lepas, kedua-dua peranti ini menerima kemaskini Oxygen OS 10 berasaskan Android 10 yang stabil. OnePlus turut meneruskan pembangunan ini sehingga Oxygen OS Open Beta 6.
Terkini, OnePlus telah umumkan yang Oxygen OS Open Beta 6 adalah versi beta terakhir untuk OnePlus 6 dan OnePlus 6T. Selepas ini tiada lagi versi pembangunan dapat diuji secara awal oleh para pembangun atau pengguna. Sebaliknya, pengguna hanya perlu nantikan kemaskini stabil mengikut jadual yang OnePlus tetapkan. Bersama-sama dengan itu, OnePlus turut hadir dengan Oxygen OS 10.3.4 – iaitu binaan khas untuk pengguna Open Beta 6 ini kembali ke versi stabil.
Tujuan OnePlus tidak membangunkan lagi program Open Beta untuk OnePlus 6 dan 6T adalah memberi ruang kepada peranti-peranti baru pula. Usah risau, kerana jangka hayat peranti-peranti ini belum ditamatkan lagi. Seperti OnePlus 5 dan 5T, walaupun sudah berusia lebih tiga tahun – OnePlus masih berjanji untuk berikan kemaskini. Jadi tidak hairan jika OnePlus 6 dan 6T akan diteruskan sokongannya sehingga tahun hadapan.
- Muat Turun
- Muat Turun Oxygen OS 10.3.4 Stabil OnePlus 6
- Muat Turun
- Muat Turun Oxygen OS 10.3.4 Stabil OnePlus 6