Facebook hari ini mengumumkan beberapa penawaran baru, dan turut menyentuh mengenai salah satu ciri Instagram yang kian meningkat popular – terutamanya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, iaitu ciri Instagram Live.
Lebih ramai yang kini menghasilkan kandungan Instagram Live dengan membuat perbincangan dan sebagainya bersama rakan-rakan. Tetapi, kandungan berkenaan hilang selepas 24 jam – seperti beberapa perkongsian Stories yang lain.
Untuk mengatasinya, kini Facebook mengatakan kelak pengguna boleh menyimpan Instagram Stories terus ke IGTV – sekaligus memudahkan pengguna mengakses kandungan berkenaan walaupun telah melangkaui 24 jam.
Hal ini juga secara tidak langsung akan mempopularkan lagi penggunaan IGTV dikalangan pengguna.