Cari @ Amanz

Penjual Memperlihatkan Harga Jualan Black Shark 3 – Bermula RM2799, Mencapai RM4199 Untuk Pro

Oleh Aman

Link Copied!

Black Shark 3 bakal dilancarkan di Malaysia secara rasminya pada minggu hadapan, 30 April 2020. Tetapi, kini lebih awal daripadanya, terdapat penjual yang telah mula mengambil pra-tempahan untuk Black Shark 3 dan juga Black Shark 3 Pro.

Black Shark 3 dan juga Black Shark 3 Pro hadir dengan penawaran memfokuskan kepada permua – dengan penawaran spesifikasi tinggi, dan juga skrin pada kadar segar semula 90Hz.

Black Shark 3 hadir dengan skrin 6.67-inci OLED dengan kadar segar semula 90hz (touch sampling mencapai 270Hz), dijana cip Snapdragon 865, serta penyejukkan berasaskan cecair. Melengkapkan peranti ini juga adalah bateri 4720mAh dengan sokongan pengecasan pantas 65W menggunakan port berasaskan magnetik pada bahagian belakang peranti.

Black Shark 3 Pro pula hadir dengan skrin 7.1-inci QHD+ OLED dengan sokongan kadar segar semula 90Hz, dijana cip Snapdragon 865, memori sehingga 12GB RAM dan storan sehingga 256GB. Kedua-dua model menggunakan memori LPDDR5 dan juga storan UFS 3.0. Melengkapkan peranti ini juga adalah bateri berkapasiti 5000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 65W.

Daripada penyenaraian oleh DirectD, Black Shark 3 versi 8GB RAM ditawarkan pada harga RM2799, sementara Black Shark 3 dengan 12GB RAM ditawarkan pada harga RM3199.

Harga BlackShark 3

Black Shark 3 Pro versi 8GB RAM pula ditawarkan pada harga RM3999, dan versi 12GB RAM pada harga RM4199.

Buat masa ini, tiada sebarang penawaran khas bersempena pra-tempahan yang disenaraikan. Mungkin kita boleh nantikan 30 April 2020 untuk menyaksikan sendiri apakah penawaran tambahan yang bakal dibawakan oleh pihak Black Shark Malaysia.


Komen ()